Followers

Friday 15 June 2012

kerana cheese tart kami bertentang mata




assalamualaikum...


gambar segar dari ladang.di ambil pada pukul 3.55 petang tadi betul2 depan rumah ratusiput yang memang bukan 'ratu' pun.ratu dihati suami dan anak-anak je.nama glamour je tu... :)


berbalik pada tajuk entry...beberapa hari sebelum tu...ada terima sms dari seseorang nak order cheese tart.tanya dari mana...dia kata bukit dahlia.dekat je tu dengan rumah.memang tak tau lagi pun masa ni.memang anggap macam customer baru  je lah.jadi terus cakap kat dia kena letak deposit (kejam tak?) sebab tak kenal kan.tak lama lepas tu terus dia bank in deposit dan cakap dia maz@mrs. nazir follower ratusiput.ahaha...hamik ko!gigil terus sebab kawan-kawan blog kan.aku kan memang ada penyakit 'jantung pecah' kalau jumpa kawan-kawan blog ni.dag dig dug 2-3 macam jadinya.ehehe.


akhirnya...seperti yang dijanjikan...berjumpalah kami hari ni.itu pun nak mintak maaf sangat-sangat kat maz sebab tak dapat berborak panjang sebab rushing nak amik abang balik sekolah agama keluar pukul 3.45 petang.nak tengok newborn baby maz pun tak sempat.tapi anak maz yang sulong 'farah'...comel :) dalam 'rushing-rushing' nak cepat tu...sempat pulak kita orang bergambar kat tengah-tengah panas.terasa rendang dan montok pulak bila berdiri disebelah maz yang lampai dan slim.ehehe.'cameraman' aku macam biasalah...budak kecik umur 6 tahun tu.apa pun...terima kasih ya maz sebab sudi merasa cheese tart air tangan ratusiput.nanti raya bolehlah datang rumah...kita borak2 panjang :)







Wednesday 13 June 2012

inilah rumah baru saya

assalamualaikum....


selamat datang...weeee...jangan marah ya kawan-kawanku yang dikasihi sekalian.bukan sengaja nak main pindah-pindah blog tapi memandangkan blog ratusiput yang sebelum ni bersekedudukan dengan blog kek dalam satu akaun yang sama...maka dalam keterpaksaan tanpa kerelaan...terrrrwujudlah blog 'ratusiput~part 2' ni untuk mengelakkan daripada berlakunya perlanggaran gambar di 'picasa album' yang hampir memenuhi 'free quota space' yang sepatutnya.jadi rumah lama...kita simpan sebagai kenangan :)

maka dengan ini...secara rasminya...saya mengisytiharkan bahawa...segala urusan berkaitan kemaskini blog dan perkembangan ratusiput seterusnya akan dilakukan di sini.harap maklum.

so kawan-kawan...jumpa di entry seterusnya...luv...ratusiput...